| |
TUJUAN/MATLAMAT
Pertubuhan ini ditubuhkan untuk:-
1. Untuk mengeratkan/memupuk silatulrahim dengan berbilang kaum yang mempunyai kenderaan MPV Naza Citra diseluruh Malaysia.
2. Untuk bersama-sama menjayakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan Riadah pemotoran diseluruh Malaysia.
3. Memperkenalkan MPV Naza Citra kepada umum.
* Most of all WE WANT FUN!!!
KEAHLIAN
(1) Syarat-syarat untuk menjadi ahli adalah:-
a Mesti memiliki kenderaan Naza Citra dengan cara yang sah disisi undang-undang
b Ahli mesti melebihi 18 tahun ke atas dan memiliki lesen memandu yang sah disisi undang-undang
c. Dikehendaki mengisi boring keahlian.
d. Mesti menjelaskan yuran kemasukan ahli
e. Tidak terlibat dengan aktiviti jenayah
f. Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan, hendaklah setelah membayar bayaran masuk yang ditetapkan diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhak ia sebagai ahli.
g. Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti tersebut.
BAYARAN MASUK
(1) Bayaran masuk yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:-
-Bayaran Pendaftaran Masuk RM20.00 ( Dua puluh ringgit sahaja) SEUMUR HIDUP
(2) Bayaran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.
PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli Itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya.Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
LARANGAN |
|
|
|
|
1 |
Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Pertubuhan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permainan dadu, banker's game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib: |
|
|
|
2 |
Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus menghalang atau dengan apa cara juga menganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959; |
|
|
|
3 |
Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawantankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan; |
|
|
|
4 |
“Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya. |
|
|