MEMORANDUM

ALL FORUM users should take note!!
Semua pengguna forum sila ambil perhatian!!
Post Reply
User avatar
chuaaugust
WEBMASTER
Posts: 2243
Joined: Wed Oct 18, 2006 10:13 am
Citra Registration No: JJY1247
Colour of your Citra: Total Lost
CCM Membership No.: cc0345
ccm_designation: Helper
Location: JOHOR
Contact:

MEMORANDUM

Post by chuaaugust » Thu Jul 21, 2016 1:08 pm

Memorandum reference: MEMO/CCM/HLM/AUG/001

PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KELAB
  • 1. Setelah mendapat kelulusan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, dan seperti yang dipersetujui semua yang hadir semasa mesyuarat Extraordinary General Meeting (EGM) pada 21 Februari 2016, ahli jawatankuasa Kelab Citra Malaysia (CCM) ingin mengumumkan beberapa pindaan kepada perlembagaan dan undang-undang kelab seperti berikut:
    • a. Kenaikan yuran pendaftaran keahlian daripada RM20.00 kepada RM50.00

      Merujuk kepada Fasal 5 Sumber Kewangan, perenggan (1). Bayaran masuk RM50.00 (Lima Puluh ringgit sahaja) dikenakan untuk setiap pendaftaran. Pemohon juga akan menerima satu keping (1) pelekat belakang secara percuma untuk setiap pendaftaran yang diluluskan.

      Penjelasan: Pemohon yang ingin mendaftar menjadi ahli berdaftar CCM akan dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM50.00.

      Dengan yuran pendaftaran yang diterima, pemohon akan diberikan satu (1) keping pelekat belakang secara percuma. Jikalau pelekat itu hilang atau rosak setelah diberikan, maka pemohon boleh membeli yang baru dari Bendahari atau AJK Merchandise pada harga yang ditetapkan dari masa ke semasa.

      b. Penerimaan pemilik kenderaan MPV Kia Carens sebagai ahli berdaftar

      Merujuk kepada Fasal 4 Keahlian, perenggan (1a). Mesti memiliki kenderaan Naza Citra atau Kia Carens dengan cara yang sah disisi undang-undang.

      Penjelasan: Pendaftaran keahlian CCM kini dibuka kepada pemilik kenderaan MPV Kia Carens. Pemilik Kia Carens yang ingin mendaftar juga akan tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran keahlian yang sedia ada. Tiada keistimewaan atau terkecuali diberikan kepada pemilik Kia Carens walaupun jenama dan model kenderaan berbeza.

      c. Ahli Jawatankuasa dari Kelab kereta lain (pesaing) tidak boleh memegang jawatan ahli Jawatankuasa CCM

      Penambahan kepada Fasal 8 perenggan 2a. Ahli Jawatankuasa (AJK) dari kelab kereta lain (persaing) tidak boleh memegang sebarang jawatan AJK CCM.

      Penjelasan: Setiap ahli jawatankuasa yang dipilih untuk memegang sebarang jawatan dalam jawatankuasa CCM, tidak boleh memegang sebarang jawatan kelab kereta lain (persaing) walaupun dirinya seorang ahli yang berdaftar dalam kelab tersebut. Begitu juga sebaliknya, seseorang ahli yang memegang jawatan dalam kelab kereta lain tidak boleh dilantik untuk memegang sebarang jawatan dalam jawatankuasa CCM. Pemegang jawatankuasa CCM haruslah terdiri dari warganegara Malaysia.
    2. Borang pendaftaran keahlian yang baru akan dimuatkan dalam laman Facebook CCM atau boleh dimuat-turun dari laman rasmi CCM, http://www.citraclub.com pada hari perlaksanaan iaitu 1 Ogos 2016.

    3. Segala pertanyaan lanjut boleh ditujukan kepada ahli jawatankuasa CCM, berhubung melalui media sosial, telefon terus kepada ahli jawatankuasa ataupun melalui emel ke admin@citraclub.com. Perhatian dan kerjasama dari anda semua adalah amat dihargai.
Sekian. Terima kasih,


Yang menjalankan tugas,

CHUA, Augustine (CC0345)
Penolong Setiausaha CCM 2016-2017
CHUA, Augustine | CC0345

User avatar
chuaaugust
WEBMASTER
Posts: 2243
Joined: Wed Oct 18, 2006 10:13 am
Citra Registration No: JJY1247
Colour of your Citra: Total Lost
CCM Membership No.: cc0345
ccm_designation: Helper
Location: JOHOR
Contact:

Re: MEMORANDUM

Post by chuaaugust » Mon Aug 01, 2016 1:40 am

Susulan kepada Memorandum: MEMO/CCM/HLM/AUG/001

Sukacita saya ingin mengumumkan kepada semua bahawa borang baru online dan borang biasa telah boleh dimuat-turun melalui link di bawah:

Borang online pendaftaran keahlian Kelab Citra Malaysia boleh dilayari dari sini:
https://form.jotform.me/ccm_committee/CCMFORM

Borang biasa pendaftaran keahlian Kelab Citra Malaysia boleh dimuat-turun dari sini:
http://www.citraclub.com/CCM_artikel/BO ... ian_R6.pdf

Harap maklum. Terima kasih,


Yang menjalankan tugas,

CHUA, Augustine (CC0345)
Penolong Setiausaha CCM 2016-2017
CHUA, Augustine | CC0345

User avatar
max
MODERATOR
Posts: 16896
Joined: Fri Sep 22, 2006 2:57 pm
Citra Registration No: WNH3337
Colour of your Citra: Chrome Silver
CCM Membership No.: CCM0312
Location: Anfield
Contact:

Re: MEMORANDUM

Post by max » Thu Aug 04, 2016 3:38 pm

great job chua.... but can the background of the registration form be change to an image a Citra car maybe rather than a laptop.. ... ? :D
You'll Never Ever Walk Alone !!!!

User avatar
bradernose
Colonel General (3-Stars)
Colonel General (3-Stars)
Posts: 6090
Joined: Wed Jun 28, 2006 3:09 pm
Citra Registration No: WNQ9000
Colour of your Citra: black
Location: Republic Of Puchong

Re: MEMORANDUM

Post by bradernose » Mon Feb 05, 2018 4:50 pm

:clap: :clap: :clap: :clap: :clap: :clap: :clap: :clap:
ALWAYS REMEMBER " A SMALL LEAK WILL SINK A GREAT SHIP!!"
CC0003/CC3NOS/SC3XYM /G14-99/ PJ-001
9 Whiskey 2 Xray Yankee Mike

Post Reply

Return to “FORUM ANNOUNCEMENTS (PENGUMUMAN FORUM)”